Mengejar Cinta Kekasih Sehingga Lupa Mengejar Cinta Yang Maha Pengasih ♥ -Pu Rahmat
Assalamualaikum..Cinta
jawablah... :)
Waalaikumussalam..Rindu
heheh..
Seorang isteri bertanya kepada suaminya
"Abang, kenapa sebelum kita bernikah abang tak pernah pegang tangan saya. Abang tak sayang saya ke?"
Suaminya menjawab :
"Sebab sayanglah abang tidak pegang tangan kamu. Sebab abang mahu bawa cinta kita ke Syurga. Bukan ke Neraka" -
~Manisnya kurma itu~~ =D
Bismillah.. Alhamdulillah..
Apa salah pada cinta, adakah islam mengharamkan cinta??
Allah swt berfirman dalam Surah Yasiin ayat: 36
'Mahasuci (Allah) yang telah menciptakan semuanya berpasang-pasangan, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka sendiri, mahupun dari apa yang mereka tidak ketahui'
Tidak salah pada percintaan, yang salah pada kemaksiatan
Bercintalah kerana Allah cintanya ke Syurga
Jangan bercinta kerana nafsu semata cinta menghumban ke neraka
Tapi apa hakikat cinta umat islam sekarang (Malaysia) ??
Cinta kita cinta ke neraka.. Sebulan 2500 anak luar nikah dilahirkan.. Sehari 84 bayi dilahirkan tanpa sah taraf.. Setiap 18 minit satu bayi dilahirkan kerana zina..
Jika ini definasi cinta..
Haramkan saja cinta itu!
Jika benar ia cinta..
Mengapa ia ke neraka?
Jika benar ia cinta..
Mengapa ia bergelombang dengan dosa?
Jika benar ia cinta..
Mengapa kita semakin jauh- dengan pencipta?
Wahai anak bangsa, umat islam Malaysia. Kembalilah kepada fitrah cinta sebenar..
Berkata Ulama:
"Jangan kamu mencintai mereka yang mampu meninggalkan Allah kerana mereka juga mampu meninggalkan kamu "
Carilah *grab* cinta Allah sebelum kamu mencari jodoh..
In sya Allah kamu akan ketemu jodoh kamu

بسم الله الرحمن الرحيم
(Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang)
"Ya Allah, Jika aku Jatuh Cinta..
Cintakan aku kepada orang yang mencintaimu..
Agar bertambah cintaku padamu
Ya Muhaimin, Jika aku Rindu..
Rindukanlah aku pada hambamu yang rindukan syahid dijalanmu
Ya Allah, Jika hambamu ini Jatuh Hati..
Jatuhkanlah hati ini kepada orang yang menjaga hubungan dengan mu Ya Allah..-
Supaya hati ini tidak mati
Aamiin ~